Rabu, 31 Disember 2014

Taman Kuala Kurau




Motor tiada nombor pendaftaran :)

Sabtu, 22 November 2014

Sekitar Karnival Jelajah Ilmu Bersama JKKK Sungai Baharu, Perak

supa dopa
Supa dopa

Supa dopa
Supa dopa

Pertunjukkan Ular (kenali haiwan)
Pertunjukkan Ular (kenali haiwan)

gerai jualan di sungai baharu
Gerai jualan

pertandingan mewarna di sungai baharu
Pertandingan mewarna

sekitar majlis di sungai baharu
Sekitar majlis

pemeriksaan kesihatan di sungai baharu
Pemeriksaan kesihatan

jeruk asam boi
Jeruk Asam Boi

ais krim goyang
Jualan Ais Krim Goyang

acuan ais krim goyang
Acuan ais krim goyang

Karnival Jelajah Ilmu Bersama JKKK Sungai Baharu telah diadakan pada 15 November 2014 bertempat di JKKK Sungai Baharu, Kuala Kurau, Perak. Bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

  • Pengumpulan buku dan pakaian terpakai
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan mini chef cilik
  • Pertunjukkan silat
  • Sukan rakyat dan banyak lagi.

"JELAJAH ILMU TANPA SEMPADAN, PARIT BUNTAR"

Isnin, 17 November 2014

Sekitar Pemandangan di Hutan Lipur Ulu Kenas

Hutan Lipur Ulu Kenas

Hutan Lipur Ulu Kenas



Air Terjun Hutan Lipur Ulu Kenas





Hutan Lipur Ulu Kenas terletak di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Terdapat air terjun yang menjadi tumpuan pengunjung untuk bermandi-manda dan bersantai. 

Airnya yang bersih dan terdapat pelbagai kemudahan kepada masyarakat contohnya tandas, surau, tempat parking, tempat rehat, gerai jualan dan sebagainya. Ia merupakan sebuah tempat rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Khamis, 13 November 2014

Warna-warni di i-City, Shah Alam

i-City

i-City, Shah Alam




i-City

i-City

i-City

i-City

i-City

i-City

Nikmati keindahan cahaya lampu warna-warni di i-City, Shah Alam. Pasti memukau dan menarik perhatian anda. Beralamat Jalan Multimedia, Seksyen 7, i-City, 40000 Shah Alam. Anda juga boleh melayari laman sesawang www.i-city.my untuk maklumat lanjut.

Selasa, 11 November 2014

Oren Pop Pop Empat Beradik



           Namaku Oren Pop Pop. Aku mempunyai empat adik-beradik. Ibuku bernama Tommy Top. Ibuku sangat comel dan anggun. Kami sekeluarga hidup aman dan damai. Kadang-kala terdapat kucing jahat yang menganggu kami adik-beradik tetapi ibu berusaha mempertahankan kami. Kata ibuku, kucing tersebut ingin membunuh kami adik-beradik.

        Aku sangat takut. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ibu bergaduh dengan kucing yang jahat. Bapaku sendiri juga ingin membunuh kami adik-beradik. Alangkah kejamnya bapaku ini.  Mujurlah ada manusia yang sudi membantu kami. Kadang-kala apabila mendengar ibuku bergaduh, cepat-cepat manusia tersebut menyelamatkan kami sekeluarga.

       Manusia tersebut akan membawa penyapu ajaibnya untuk memukul kucing yang jahat itu. Kenapa ajaib? Ajaibnya kerana apabila terlihat penyapu tersebut, kucing yang jahat terus melarikan diri. Alangkah sedihnya hati ini apabila ibu mengalami kecederaan akibat pergaduhan tersebut. Badan ibu mengalami luka dan kulit ibu terkoyak. Manusia yang baik hati itu menyapu ubat di tempat luka ibu.

        Hinggalah aku dan adik-beradikku boleh berjalan dengan baik dan tidak kenkang lagi. Kami bebas berjalan-jalan di sekeliling rumah. Manusia yang baik hati selalu memberi makan kepada kami. Makanan yang dihidangkan ialah nasi dan lauk ikan kegemaran kami. Alangkah berseleranya kami makan. Tambahan pula dihidangkan dengan air. Kami berasa gembira tidak terkata.



          Kami bebas bermain di luar rumah. Pernah juga terlintas difikiran kami untuk masuk ke rumah besar tersebut. Setelah bersepakat kami semua adik-beradik pun masuk tanpa pengetahuan ibu. Malangnya telah dihalau dengan baik oleh tuan rumah. Kami teringin untuk menjelajah di dalam rumah tersebut. Mungkin ada makanan yang enak untuk santapan kami.

         Kami amat bersyukur tuan rumah sudi menghidangkan makanan kepada kami adik-beradik kerana kami tidak pandai mencari makanan sendiri lagi. Kadang-kala kami sengaja masuk ke rumah tersebut kerana perut terlalu lapar dan ingin meminta belas dari tuan rumah. Tuan rumah pun memberi makanan agar kami keluar dari rumah dengan segera. Itulah taktik yang kami gunakan.

        Kami amat gembira tinggal di rumah besar itu. Dapat bermain bersama adik-beradik serta berada bersama ibu tersayang. Seharian kami bermain dan apabila penat kami akan tidur bersama. Kami akan tidur rapat-rapat untuk mengelakkan sejuk.

      Pada suatu hari, kami empat beradik telah bermain di bawah sebuah kereta Iswara berwarna putih. Kami semua telah masuk ke dalam lubang yang terdapat di bawah kereta tersebut. Aku juga tidak tahu lubang apakah itu. Apa yang penting kami berasa selesa apabila masuk ke situ.

     Tiba-tiba enjin kereta dihidupkan. Aku dan seekor lagi saudaraku cepat-cepat keluar dari lubang tersebut. Adik-beradikku yang dua lagi tidak berbuat demikian. Mungkin mereka tidur dan tidak sedar bahawa kereta tersebut akan bergerak. Adik-beradikku yang dua ekor itu telah meninggalkan kami berdua.

       Aku menunggu dengan sabar dan berdoa agar kereta Iswara itu cepat kembali. Tetapi alangkah sedihnya dihati ini apabila melihat adik-beradikku itu tiada di bawah kereta tersebut. Ibuku Tommy Top pernah melarang kami adik-beradik beradik bermain di bawah kereta itu. Tetapi kami degil dan ingkar dengan nasihat ibu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kini dua adik-beradikku sudah tiada lagi bersama kami.


       Tinggallah kami dua beradik. Aku bersyukur kerana masih ada lagi saudara dan juga ibu disampingku. Kami hidup seperti biasa walaupun kehilangan yang tersayang. Malah kami semakin akrab. Ibu menyayangi kami dengan sepenuh hati walaupun marah dengan kejadian yang telah berlaku. Semua itu mengajar kami tentang kesilapan dan tentang erti kehidupan.

Isnin, 10 November 2014

Sekitar Majlis Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak


Kampung Sungai Baharu berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) peringkat negeri Perak. Sebanyak 24 buah kampung atau desa yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan pertandingan memenangi hadiah sebanyak RM12,000 manakala Naib Johan RM10,000. 

Majlis penyampaian anugerah ini telah diadakan pada 31 Oktober 2014 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu. Untuk maklumat lanjut mengenai Kampung Sungai Baharu boleh pergi ke facebook Kg Sg Baharu.

Pintu masuk

Persembahan yang diadakan


Nyanyian

Orang kampung yang hadir


Majlis penyampaian hadiah

Rabu, 5 November 2014

Majlis Pertunangan Ain dan Rudy






Majlis pertunangan Ain dan Rudy pada 15 Disember 2013.
Semoga sampai ke jinjang pelamin dan berbahagia hingga ke syurga :)

Nak lihat gubahan hantaran pertunangan mereka klik link di bawah :-

Koleksi Gubahan Hantaran Pertunangan Part 1
Koleksi Gubahan Hantaran Pertunangan Part 2
Koleksi Gubahan Hantaran Pertunangan Part 3
Koleksi Gubahan Hantaran Pertunangan Pihak Lelaki