Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

Sabtu, 11 November 2017

Menara Alor Setar


Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. 


Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.


Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar.

 
  
Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.


 Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.


Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Selamat Datang ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman


Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. 


Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. 


 Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap. 


 Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. 


 Ruang pemerhatian diaras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak diatas platform berputar.








 Di aras ini pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain.











Sabtu, 17 Disember 2016

Destinasi Terakhir Percutian di Cameron Highlands ~ Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands


Destinasi terakhir percutian adalah di Taman Agroteknologi Mardi, Cameron Highlands. Ia lebih dikenali sebagai Mardi. Tempat ini merupakan pusat penyelidikan pertanian dan dibuka untuk kunjungan orang awam.

Mardi Cameron Highlands
 Tanaman yang terdapat di Mardi

Mardi Cameron Highlands

Mardi Cameron Highlands

Mardi Cameron Highlands

Mardi Cameron Highlands
 Tiket untuk dewasa RM 3.00
Kanak-kanak @ Pelajar RM 1.50

Mardi Cameron Highlands

Mardi Cameron Highlands
Jualan aiskrim, dadih dan sebagainya

 Aiskrim Strawberi

 RM 3.00

Mardi Cameron Highlands
 Kelihatan puncak Arabella


Mardi Cameron Highlands



Mardi Cameron Highlands
 Jualan produk


Mardi Cameron Highlands
Aneka jem dan sambal

Coklat dan gula-gula

Mardi Cameron Highlands
Pelbagai jenis kordial



Jumaat, 16 Disember 2016

Destinasi Kelima Percutian di Cameron Highlands ~ Cameron Valley Tea House (Ladang Teh)


Destinasi kelima percutian adalah di Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands. Di sini, terdapat ladang teh yang terbentang luas dan menghijau. Sejuk sahaja mata memandang apabila melihat dari jauh.


 Pintu gerbang Cameron Valley


 Tempat jualan pelbagai jenis teh

 Kaunter jualan dan tiket

ladang teh cameron

ladang teh cameron

ladang teh cameron
 Ladang teh yang menghijau



fresh tea cameron
 Pekena fresh tea dahulu


ladang teh cameron


ladang teh cameron




 Untuk masuk dan berjalan-jalan di ladang teh RM 2.00