Isnin, 22 September 2014

Program Perkumpulan Keluarga Generasi Allahyarham Hj. Abdul Hamid bin Hj. Muhamad dan Hjh Zawiyah bt. Md. Taib (GAHZA)

banner GAHZA

Program Perkumpulan Keluarga Generasi  Allahyarham Hj. Abdul Hamid bin Hj. Muhamad dan Hjh Zawiyah binti Md. Taib (GAHZA) ini merupakan program perintis yang julung kali diadakan. 

Program ini diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2014 di Kuala Gula Sanctuary Resort. Ia telah disertai seramai 236 orang. Program ini antara lain bertujuan untuk :

  • Mengumpul semua generasi dan waris keluarga.
  • Saling kenal mengenali salasilah hubungan persaudaraan.
  • Mempertemukan semula semua anggota besar yang telah lama tidak berjumpa.
  • Merapatkan semula uhkwah silaturahim di kalangan generasi.
  • Menjayakan program sambutan Aidilfitri 2014M/1435H.


    ahli jawatankuasa
    Jawatankuasa Penganjur


    Antara Jawatankuasa penganjur yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah :


    Penasihat
    Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abdul Hamid

    Pengerusi
    Suhaili bin Hj. Ishak

    Setiausaha
    Nurul Hidayah bt. Hj. Abdul Rahman

    Bendahari
    Safarin bin Hj. Ishak

    Fotografi
    Azman bin Hj. Abdullah

    Hadiah dan Cenderamata
    Normala bt. Abdul Hamid


    G-AHZA

    Santai Petang

    Menikmati juadah

    Permainan sambut belon air

    Bowling kelapa

    Meniup belon

    Penyampaian hadiah

    Acara kemuncak

    Ucapan wakil keluarga dan tayangan video 

    Cenderamata

    Key-chain


    Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini sama ada secara langsung dan tidak langsung. Semoga program ini mendapat keredhaanNya. Semoga ukhwah ini akan berkekalan selagi hayat dikandung badan. Semoga kita bertemu lagi di lain masa dan kesempatan. Terima kasih pada semua....

    Jumaat, 5 September 2014

    Replika Hari Raya di Stesen LRT 2014

    Replika Hari Raya di Stesen LRT


    Replika Hari Raya di Stesen LRT 2014

    Replika Hari Raya di Stesen LRT 2014

    Replika Hari Raya di Stesen LRT 2014

    Replika Hari Raya di Stesen LRT 2014

    Antara replika menarik yang terdapat di stesen-stesen LRT sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 
    LRT Bangsar, Masjid Jamek dan sebagainya.

    Ahad, 29 Jun 2014

    Sang Buaya yang Kejam

    buaya yang kejam

    Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor buaya yang sangat ganas. Dia tinggal di dalam sungai. Sang Buaya suka membunuh haiwan-haiwan rimba tanpa belas kasihan. Dia akan melibaskan ekornya yang tajam agar haiwan yang melalui tebing sungai terjatuh. Sang Buaya akan membunuh dan memakan haiwan tersebut. Dia seronok dapat membunuh haiwan di hutan rimba tersebut.

    Haiwan-haiwan lain takut untuk menghampiri sungai yang didiami oleh Sang Buaya. Mereka sanggup melalui jalan jauh agar tidak terserempak dengan Sang Buaya. Haiwan rimba juga sukar untuk mendapatkan minuman.

    **********

    Suatu hari, penduduk rimba terkejut apabila mendapati buaya tidak lagi mengganggu mereka. Air sungai juga nampak tenang. Biasanya, Sang Buaya akan berenang-renang untuk mencari mangsa. Penduduk rimba berasa hairan ke mana perginya Sang Buaya yang kejam itu. Sang Kancil turut berasa hairan. Dia memberanikan diri untuk pergi ke sungai. Dia ingin melihat sendiri keadaan Sang Buaya.

    Sang Kancil berhati-hati ketika melalui sungai tersebut. Dia risau jika Sang Buaya memerangkapnya. Tiba-tiba, Sang Kancil terdengar suatu suara. Dia mencari-cari, dimanakah suara itu berada. Akhirnya, Sang Kancil terlihat Sang Buaya di tebing sungai. Sang Buaya dalam keadaan murung dan kesakitan.

    “Aduh, sakitnya,” keluh Sang Buaya.
    “Kenapa dengan kau, Sang Buaya?” tanya Sang Kancil. Selalunya, kau tidak akan berdiam diri untuk mencari mangsa,” perli Sang Kancil.
    “Gigi aku sakit wahai Sang Kancil,” kata Sang Buaya sambil menahan kesakitan. “Sudah hampir sebulan aku tidak makan apa-apa.”
    “Patutlah kau tidak memburu mangsa di hutan rimba ini. Aku ingatkan kau sudah mati.” Kata Sang Kancil marah.

    Sang Kancil berasa marah dengan kelakuan Sang Buaya. Banyak haiwan yang telah mati dibunuh buaya. Malah, kawan-kawannya turut terkorban.

    “Aku tahu, aku banyak buat salah. Aku sudah sedar akan kesalahan aku itu,” kata Sang Buaya kesedihan. Banyak haiwan yang tidak bersalah telah aku korbankan.”
    “Baguslah jika kau betul-betul insaf,” kata Sang Kancil.
    ““Bolehkah kau tolong mengubati sakitku ini wahai Sang Kancil?” tanya Sang Buaya mengharap.

    Sang Kancil terdiam. Dia berfikir bagaimana cara untuk menolong Sang Buaya. Sang Kancil berasa kasihan dengan Sang Buaya walaupun haiwan tersebut kejam terhadap haiwan di hutan rimba. Akhirnya, Sang Kancil mendapat idea yang bernas.

    “Baiklah, aku akan tolong kau. Tapi kau harus penuhi dua syarat,” kata Sang Kancil.
    “Apakah syarat itu Sang Kancil? Aku tidak sanggup menanggung kesakitan ini lagi,” jawab Sang Buaya.
    “Syarat yang pertama, kau tidak boleh bertindak ganas kepada penduduk di hutan rimba ini lagi. Syarat yang kedua, kau tidak boleh makan doktor yang akan mengubati gigi kau nanti. Kau hendaklah menjadikan mereka sebagai kawan baik engkau,” terang Sang Kancil panjang lebar.
    “Baiklah, aku akan penuhi semua syarat yang telah kau berikan. Aku juga telah insaf kerana apabila aku sakit semua haiwan takut dan tidak mahu menolongku. Aku hidup sebatang kara. Mulai hari ini aku ingin berkawan dengan semua penghuni di hutan rimba ini,” kata Sang Buaya dengan insafnya.

    **********

    Pada petang itu, Sang Kancil telah memanggil burung-burung di dalam hutan itu. Dia ingin berbincang dengan burung-burung tersebut.

    “Apa? Kau suruh kami merawat buaya yang kejam itu?” tanya burung-burung itu terkejut.
    “Aku sangat kasihan melihat Sang Buaya yang kesakitan. Sang Buaya telah berjanji dengan kita untuk menjadi lebih baik dan tidak membunuh dengan sesuka hati lagi,” kata Sang Kancil.
    “Jika begitu, kami semua setuju,” kata burung-burung tersebut.

    **********

    Keesokan harinya, Sang Kancil dan burung-burung pergi ke sungai. Kelihatan, Sang Buaya sedang menunggu mereka di tebing sungai. Sang Kancil menyuruh Sang Buaya membuka mulutnya dengan luas. Burung-burung pun mematuk sisa-sisa makanan yang berada di gigi Sang Buaya. Burung-burung mengutip sisa makanan sehingga habis.

    Sang Buaya tidak berasa sakit lagi. Sisa-sisa makanan yang tertinggal di giginya telah dibersihkan oleh burung-burung tersebut. Sang Kancil amat berterima kasih dengan burung-burung dan Sang Kancil. Tanpa pertolongan mereka, tentu dia akan terus menanggung kesakitan.

    **********

    Bermula saat itu, Sang Buaya telah berubah. Dia tidak membunuh binatang sesuka hati lagi. Dia hanya memakan ikan-ikan yang berada di sungai. Binatang-binatang lain tidak takut untuk melalui sungai itu lagi.

    Burung-burung juga semakin akrab bersahabat dengan Sang Buaya. Tiap-tiap petang, burung-burung akan membersihkan gigi Sang Buaya. Burung-burung akan memakan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi buaya. Selain dapat mengawal kerosakan gigi, burung-burung juga memperoleh makanan dari sisa makanan tersebut.

    Penduduk rimba berasa sangat gembira. Kebijaksanaan Sang Kancil membantu Sang Buaya membolehkan mereka hidup aman dan damai.