Jumaat, 9 Disember 2016

Destinasi Pertama Percutian di Cameron Highlands ~ Avant Chocolate & Ice Cream

Destinasi pertama persinggahan adalah di Avant Chocolate & Ice Cream. Jika anda melalui jalan Simpang Pulai anda akan jumpa bangunan seperti gambar di bawah.

Avant Chocolate & Ice Cream

Walaupun bangunannya nampak agak buruk dan uzur tetapi terdapat keindahan di dalamnya. Masuk bangunan yang terdapat di sebelahnya. Di sini, anda akan merasai udara sejuk Cameron walaupun jauh lagi perjalananan ke Tanah Rata.

Cameron Highlands
Terdapat bunga yang amat cantik mata memandang.



Cameron Highlands
I Love Green View Garden Cameron Highlands


Kincir angin Cameron Highlands
Terdapat kincir angin 

Tanaman strawberi

Feed The Rabbit


Tanaman Hidroponik Cameron Highlands
Tanaman Hidroponik


Secara ringkasnya, destinasi pertama ini sangat menarik kerana segala-galanya ada di sini. Contohnya tanaman strawberi, sayuran, bunga-bungaan, landskap yang cantik, jualan dan sebagainya.

Jika anda melalui jalan Simpang Pulai pastikan singgah ke sini dahulu. Masuk adalah percuma, cuma masuk toilet RM 0.20 :)

Khamis, 8 Disember 2016

Sekitar Persuka Amalfest di Ban Pecah, Tanjung Piandang


PERSUKA AMAL FEST
3 dan 4 Disember 2016
Bertempat di Ban Pecah Tanjung Piandang.

Jualan barang memancing

Gerai pakaian

Gerai yang ada

Hasil tangkapan pertandingan memancing

Adik Amira

Persembahan adik Amira

Acara untuk kanak-kanak  ( tiru bunyi )

Peserta separuh akhir

Gerai Coconut Shake dan Mee Udang Berasap

Peserta pertandingan memancing


Antara acara yang diadakan :-

Pertandingan Memancing
Pertandingan Mewarna
Persembahan dari bomba
Persembahan dari Kelembai Band & Juara Battle of the Bands

banyak lagi.....

Rabu, 30 September 2015

Ya Tuhanku….

ban pecah

Ya Tuhanku
Berikanlah kekuatan untuk mengharungi ujian ini
Ujian ini amat berat dirasakan
Walau tidak setanding ujian yang diberikan
Pada umatmu yang lain.


Ya Tuhanku
Diri ini amat lemah
Tidak bermaya
Maka, kau berilah kekuatan.


Ya Tuhanku
Semakin difikir semakin rasa tegang
Hari-hari yang dilalui penuh ketakutan
Kesakitan, kelemahan dan takut diperkatakan orang.


Hambamu ini
Cukup goyah imannya
Kau teguhlah iman diri ini
Agar tidak sesat.


Ya Tuhan
Berikanlah diri ini kekuatan untuk bangkit
Berusaha mengadapi masalah
Mengecap nikmat hidup
Yang diberkati oleh Mu.


Ya Tuhanku
Kau berikanlah diri ini sinar itu
Sinar kejayaan dan kebahagiaan
Menerima semua takdirmu
Dengan hati yang terbuka dan ikhlas
Sesungguhnya ujian itu
Untuk mengangkat darjatku
Menjadi lebih baik.


Ya Tuhanku
Segala yang berlaku atas kehendakmu
Berilah jalan
Agar terus maju melangkah
Tidak sesekali gentar dan berputus asa
Berikan petunjuk dan hidayahmu
Agar diri ini menjadi hamba yang bertaqwa.