Memaparkan catatan dengan label Fotografi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fotografi. Papar semua catatan

Isnin, 5 Januari 2015

Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. 

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Tempoh pembinaan dari tahun 1913 hingga 1917. Lokasinya ialah Masjid Diraja Ubudiah, Jalan Istana, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Sabtu, 22 November 2014

Sekitar Karnival Jelajah Ilmu Bersama JKKK Sungai Baharu, Perak

supa dopa
Supa dopa

Supa dopa
Supa dopa

Pertunjukkan Ular (kenali haiwan)
Pertunjukkan Ular (kenali haiwan)

gerai jualan di sungai baharu
Gerai jualan

pertandingan mewarna di sungai baharu
Pertandingan mewarna

sekitar majlis di sungai baharu
Sekitar majlis

pemeriksaan kesihatan di sungai baharu
Pemeriksaan kesihatan

jeruk asam boi
Jeruk Asam Boi

ais krim goyang
Jualan Ais Krim Goyang

acuan ais krim goyang
Acuan ais krim goyang

Karnival Jelajah Ilmu Bersama JKKK Sungai Baharu telah diadakan pada 15 November 2014 bertempat di JKKK Sungai Baharu, Kuala Kurau, Perak. Bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

  • Pengumpulan buku dan pakaian terpakai
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan mini chef cilik
  • Pertunjukkan silat
  • Sukan rakyat dan banyak lagi.

"JELAJAH ILMU TANPA SEMPADAN, PARIT BUNTAR"

Isnin, 17 November 2014

Sekitar Pemandangan di Hutan Lipur Ulu Kenas

Hutan Lipur Ulu Kenas

Hutan Lipur Ulu Kenas



Air Terjun Hutan Lipur Ulu Kenas





Hutan Lipur Ulu Kenas terletak di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Terdapat air terjun yang menjadi tumpuan pengunjung untuk bermandi-manda dan bersantai. 

Airnya yang bersih dan terdapat pelbagai kemudahan kepada masyarakat contohnya tandas, surau, tempat parking, tempat rehat, gerai jualan dan sebagainya. Ia merupakan sebuah tempat rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Khamis, 13 November 2014

Warna-warni di i-City, Shah Alam

i-City

i-City, Shah Alam




i-City

i-City

i-City

i-City

i-City

i-City

Nikmati keindahan cahaya lampu warna-warni di i-City, Shah Alam. Pasti memukau dan menarik perhatian anda. Beralamat Jalan Multimedia, Seksyen 7, i-City, 40000 Shah Alam. Anda juga boleh melayari laman sesawang www.i-city.my untuk maklumat lanjut.

Isnin, 10 November 2014

Sekitar Majlis Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak


Kampung Sungai Baharu berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) peringkat negeri Perak. Sebanyak 24 buah kampung atau desa yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan pertandingan memenangi hadiah sebanyak RM12,000 manakala Naib Johan RM10,000. 

Majlis penyampaian anugerah ini telah diadakan pada 31 Oktober 2014 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu. Untuk maklumat lanjut mengenai Kampung Sungai Baharu boleh pergi ke facebook Kg Sg Baharu.

Pintu masuk

Persembahan yang diadakan


Nyanyian

Orang kampung yang hadir


Majlis penyampaian hadiah

Rabu, 5 November 2014

Isnin, 27 Oktober 2014

Gubahan Makanan Berasaskan Pulut

gubahan berasaskan pulut


Gubahan pulut berbentuk labu




Acara ini diadakan sempena Program Sehari Bersama Pelanggan Jabatan / Agensi Kerajaan Daerah Kerian. Ia diadakan pada 18 Oktober 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu, Kuala Kurau, Perak. Maklumat lanjut seperti tertera di bawah :-