Memaparkan catatan dengan label Bunga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunga. Papar semua catatan

Ahad, 3 November 2013

Bunga-bunga Cinta di Laman Syurga



Pokok bunga

Bunga yang hampir layu

Pokok Bunga Kertas


Pokok Kaktus

Pokok Bunga Kertas

Bunga

Inilah bunga-bunga cinta yang terdapat di laman syurgaku. Biasalah rumah kampung, semestinya rumput-rumput akan tumbuh melata tidak kira di mana sahaja yang bernama tanah. Jadi, tidak hairanlah mengapa pokok-pokok bunga ini dikelilingi rumput yang menghijau. 

Penjagaannya memang amat sukar dan kadang kala pacat akan menyinggah di badan dan seterusnya menghisap sesuatu yang digemarinya. Oleh sebab itulah, sukar untuk menjaga pokok-pokok bunga ini dengan rapi dan ditambah pula dengan kekangan masa.

Jika boleh, beritahu saya apakah nama pokok- pokok bunga ini? Apa yang saya tahu ialah pokok bunga kertas dan pokok kaktus sahaja. 3 jenis pokok bunga lagi tidak saya ketahui. Harap membantu :)