Sabtu, 30 Disember 2017

Aneka Kuih dan Makanan Orang Banjar

Belinjau

Kuih Akar Kelapa

Bunga Pudak

Gula Tarik

Cara Manis

Kuih Kasidah

Abuk-abuk

Cucur Jawa

Lumpang

Penjan Ubi

Emping

Nasi Antah

Pepari

Sum sum Pandan Berinti

Kalalapon ( Buah Melaka )

Kikicak

Gagatas

Putu Beras Berlapis

Kalakatar

Kuih Bunga Pundak

Biskut Si Jantung Hati

Kerepek Bayam

Buah Rotan

Cakar Ayam

Kakaraban

Emping Besanga


Aneka Cucur dan Kuih

Aneka Kuih-muih

Aneka kuih-muih

Aneka Masakan 

Kuih dan Kerepek

Makanan Bermasak

Pelbagai kuih dan biskut

Sumber Fotografi : 
Shahrul Azwan

Sabtu, 11 November 2017

Menara Alor Setar


Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. 


Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.


Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar.

 
  
Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.


 Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.


Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Selamat Datang ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman


Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. 


Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. 


 Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap. 


 Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. 


 Ruang pemerhatian diaras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak diatas platform berputar.








 Di aras ini pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain.