Memaparkan catatan dengan label Perak Darul Ridzuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perak Darul Ridzuan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mei 2018

Hutan Paya Laut Matang


Hutan Paya Laut Matang merupakan sebuah hutan simpan bakau yang terletak di negeri PerakHutan Paya Laut Matang ini memiliki keluasan 101,877 hektar, dan mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.

Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.










Isnin, 5 Januari 2015

Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. 

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Tempoh pembinaan dari tahun 1913 hingga 1917. Lokasinya ialah Masjid Diraja Ubudiah, Jalan Istana, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan