Rabu, 30 September 2015

Ya Tuhanku….

ban pecah

Ya Tuhanku
Berikanlah kekuatan untuk mengharungi ujian ini
Ujian ini amat berat dirasakan
Walau tidak setanding ujian yang diberikan
Pada umatmu yang lain.


Ya Tuhanku
Diri ini amat lemah
Tidak bermaya
Maka, kau berilah kekuatan.


Ya Tuhanku
Semakin difikir semakin rasa tegang
Hari-hari yang dilalui penuh ketakutan
Kesakitan, kelemahan dan takut diperkatakan orang.


Hambamu ini
Cukup goyah imannya
Kau teguhlah iman diri ini
Agar tidak sesat.


Ya Tuhan
Berikanlah diri ini kekuatan untuk bangkit
Berusaha mengadapi masalah
Mengecap nikmat hidup
Yang diberkati oleh Mu.


Ya Tuhanku
Kau berikanlah diri ini sinar itu
Sinar kejayaan dan kebahagiaan
Menerima semua takdirmu
Dengan hati yang terbuka dan ikhlas
Sesungguhnya ujian itu
Untuk mengangkat darjatku
Menjadi lebih baik.


Ya Tuhanku
Segala yang berlaku atas kehendakmu
Berilah jalan
Agar terus maju melangkah
Tidak sesekali gentar dan berputus asa
Berikan petunjuk dan hidayahmu
Agar diri ini menjadi hamba yang bertaqwa.

Selasa, 2 Jun 2015

Fakta Ayam Serama

Fakta Ayam Serama

Fakta dan Penilaian Ayam Serama

  • Dipercayai berasal dari Kelantan.
  • Hasil kacukan pelbagai burung eksotik termasuk burung hutan.
  • Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.
  • Jangka hayat 7 hingga 15 tahun.
  • Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah 1/3 dari ayam biasa.
  • Ciri istimewa adalah : Ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah.
  • Mempunyai kira-kira 2000 warna.
  • Haiwan peliharaan yang jinak, manja dan mengenali tuannya.
  • Mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.

Penilaian Ayam Serama


Penilaian Ayam Serama


Jom tengok gambar ayam serama di bawah :-

ayam serama

ayam serama

ayam serama

Sumber : Wechat Kawan

Jumaat, 17 April 2015

Majlis Perkahwinan Tinie dan Abas

pengantin baru

pengantin baru

Tahniah dan selamat pengantin baru buat sahabatku Tinie dan pasangannya. Majlis perkahwinan ini diadakan pada Mac 2015. 

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan selamat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Jom tengok hantaran perkahwinan dari pengantin perempuan kepada pengantin lelaki.

hantaran perkahwinan

hantaran perkahwinan


hantaran perkahwinan

hantaran perkahwinan

gubahan pengantin

hantaran perkahwinan

barang hantaran


Sabtu, 7 Mac 2015

Ukiran Teko dari Buah Tembikai

Ukiran yang dihasilkan oleh ibu kepada sahabat saya iaitu Ain Aleesya. Ukiran dari buah tembikai menghasilkan sebuah teko tembikai. Kreatif bukan? Menjadi kenang-kenangan dan diabadikan di blog ini :)

ukiran teko tembikai

Ukiran Teko dari buah Tembikai

Isnin, 23 Februari 2015

Hantaran Perkahwinan Ain dan Amirul Bahagian 2

sirih junjung di majlis perkahwinan

gubahan hantaran raja sehari

gubahan hantaran perkahwinan

gubahan hantaran

hantaran tembikai kuning

hantaran perkawinan


hantaran perkahwinan dari  pengantin lelaki

hantaran dari lelaki

Hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. 
Tema warna pink. Cantik dan meriah :)


Hantaran Perkahwinan Ain dan Amirul Bahagian 1

Hantaran Sejadah
Hantaran Sejadah
kek kahwin
Kek
gubahan buah-buahan
Hantaran Buah-buahan
hantaran tali pinggang dan dompet
Hantaran Tali Pinggang dan Dompet
hantaran baju
Hantaran Baju
gubahan tuala
Hantaran Tuala
hantaran kasut
Hantaran Kasut
gubahan kain pelekat
Hantaran Kain Pelekat
gubahan hantaran dari pihak perempuan

hantaran

hantaran

hantaran


Tahniah diucapkan pada sahabatku Ain kerana telah bergelar isteri pada 11 Januari 2015 yang lalu. Gubahan hantaran di atas adalah dari pihak pengantin perempuan kepada pengantin lelaki.

Isnin, 5 Januari 2015

Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. 

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Tempoh pembinaan dari tahun 1913 hingga 1917. Lokasinya ialah Masjid Diraja Ubudiah, Jalan Istana, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan