Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan

Sabtu, 11 November 2017

Menara Alor Setar


Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. 


Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.


Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar.

 
  
Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.


 Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.


Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Selamat Datang ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman


Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. 


Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. 


 Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap. 


 Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. 


 Ruang pemerhatian diaras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak diatas platform berputar.








 Di aras ini pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain.











Jumaat, 17 Februari 2012

Air Panas Ulu Legong, Kedah

Air Panas Ulu Legong, Kedah


Kawasan Air Panas Ulu Legong, Kedah



Kolam air panas Ulu Legong merupakan tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk merasai sendiri kehangatan kolam air panas tersebut. Aktiviti yang dilakukan adalah merendam kaki di dalam kolam air panas. Ianya amat baik untuk tubuh badan manusia.

Pelabagai kemudahan disediakan di sini untuk memudahkan orang ramai. Hotel dan rumah penginapan turut disediakan. Malam hari merupakan kemuncak orang berpusu-pusu datang sehinggalah ke Subuh.

Ladang Anggur Tasik Beris







Ladang Anggur Tasik Beris



Anggur-anggur di Tasik Beris

Salah satu ladang anggur yang terdapat di Malaysia. Ianya terletak di negeri jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman. Anda boleh melihat sendiri buah-buah anggur yang segar dipohonnya.

Ahad, 18 April 2010

Pulau Langkawi, Kedah dalam Kenangan

Burung Helang, Langkawi
Langkawi

Barang-barang tradisional di Kedah
Barang-barang Tradisional

Gunung di Pulau Langkawi
Pemandangan yang memukau

Anak tangga di kereta kabel
Mendaki anak tangga di kereta kabel


Kereta Kabel
Kereta Kabel

Perigi di Makam Mahsuri
Perigi di Makam Mahsuri


Gambar ini diambil bersama sahabat ketika menuntut di UUM.
Pengalaman dan kenangan yang cukup bermakna buat kami. 
Langkawi merupakan destinasi percutian yang amat menarik. 
Diharap saya dapat berkunjung ke sini lagi...