Memaparkan catatan dengan label Masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masjid. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Februari 2019

Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007. Masjid ini menjadi tempat persinggahan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda. Ianya terletak dalam perjalanan menuju ke Batu Feringgi.

Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang. Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah.








Isnin, 5 Januari 2015

Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. 

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Tempoh pembinaan dari tahun 1913 hingga 1917. Lokasinya ialah Masjid Diraja Ubudiah, Jalan Istana, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan