Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang
telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16
Mac 2007. Masjid ini menjadi tempat persinggahan pelancong bukan sahaja untuk
solat malah bagi merehatkan minda. Ianya terletak dalam perjalanan menuju ke
Batu Feringgi.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air
laut sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang. Masjid
dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di Mukim 18,
Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang
utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta
bilik menguruskan jenazah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan