Khamis, 8 Disember 2016

Sekitar Persuka Amalfest di Ban Pecah, Tanjung Piandang


PERSUKA AMAL FEST
3 dan 4 Disember 2016
Bertempat di Ban Pecah Tanjung Piandang.

Jualan barang memancing

Gerai pakaian

Gerai yang ada

Hasil tangkapan pertandingan memancing

Adik Amira

Persembahan adik Amira

Acara untuk kanak-kanak  ( tiru bunyi )

Peserta separuh akhir

Gerai Coconut Shake dan Mee Udang Berasap

Peserta pertandingan memancing


Antara acara yang diadakan :-

Pertandingan Memancing
Pertandingan Mewarna
Persembahan dari bomba
Persembahan dari Kelembai Band & Juara Battle of the Bands

banyak lagi.....

Rabu, 30 September 2015

Ya Tuhanku….

ban pecah

Ya Tuhanku
Berikanlah kekuatan untuk mengharungi ujian ini
Ujian ini amat berat dirasakan
Walau tidak setanding ujian yang diberikan
Pada umatmu yang lain.


Ya Tuhanku
Diri ini amat lemah
Tidak bermaya
Maka, kau berilah kekuatan.


Ya Tuhanku
Semakin difikir semakin rasa tegang
Hari-hari yang dilalui penuh ketakutan
Kesakitan, kelemahan dan takut diperkatakan orang.


Hambamu ini
Cukup goyah imannya
Kau teguhlah iman diri ini
Agar tidak sesat.


Ya Tuhan
Berikanlah diri ini kekuatan untuk bangkit
Berusaha mengadapi masalah
Mengecap nikmat hidup
Yang diberkati oleh Mu.


Ya Tuhanku
Kau berikanlah diri ini sinar itu
Sinar kejayaan dan kebahagiaan
Menerima semua takdirmu
Dengan hati yang terbuka dan ikhlas
Sesungguhnya ujian itu
Untuk mengangkat darjatku
Menjadi lebih baik.


Ya Tuhanku
Segala yang berlaku atas kehendakmu
Berilah jalan
Agar terus maju melangkah
Tidak sesekali gentar dan berputus asa
Berikan petunjuk dan hidayahmu
Agar diri ini menjadi hamba yang bertaqwa.

Selasa, 2 Jun 2015

Fakta Ayam Serama

Fakta Ayam Serama

Fakta dan Penilaian Ayam Serama

  • Dipercayai berasal dari Kelantan.
  • Hasil kacukan pelbagai burung eksotik termasuk burung hutan.
  • Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.
  • Jangka hayat 7 hingga 15 tahun.
  • Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah 1/3 dari ayam biasa.
  • Ciri istimewa adalah : Ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah.
  • Mempunyai kira-kira 2000 warna.
  • Haiwan peliharaan yang jinak, manja dan mengenali tuannya.
  • Mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.

Penilaian Ayam Serama


Penilaian Ayam Serama


Jom tengok gambar ayam serama di bawah :-

ayam serama

ayam serama

ayam serama

Sumber : Wechat Kawan