Gambar sekadar hiasan..hehe |
Terdapat dua buah karangan yang dihasilkan oleh murid sekolah rendah suatu masa dulu. Siapa? Fikir-fikirkanlah..hehe... Jom baca!
Melawat Zoo Negara
Pada hari Ahad yang lalu, saya
sekeluarga telah pergi ke Zoo Negara. Kami pergi menaiki sebuah van. Kami
bertolak pada pukul 9.00 pagi dan sampai di sana pada pukul 11.00 pagi.
Semasa berada di sana saya lihat
beruang, burung, ular, monyet dan sebagainya. Mereka kelihatan gembira kerana
ramai orang yang datang. Saya lihat sebuah bas rombongan sekolah telah datang
ke zoo. Mereka kelihatan gembira melihat haiwan-haiwan yang menunjukkan gaya
mereka tersendiri.
Setelah puas melihat haiwan, saya
sekeluarga pergi ke kedai untuk membeli makanan. Setelah menikmati juadah, saya
sekeluarga pun balik. Saya sungguh seronok kerana dapat pergi ke zoo.
Aku Sepasang Kasut
Aku adalah sepasang kasut sekolah. Aku
dilahirkan di sebuah kilang kasut yang terkenal di Parit Buntar. Kini aku
ditempatkan di sebuah kedai di Bagan Serai.
Pada suatu hari, seorang budak dan
ayahnya datang mengunjungi kedai tuan aku. Budak itu memerhati diriku. Dan
akhirnya dia pun membeliku dengan harga RM35.00. Aku dibawa balik oleh budak
itu. Pada keesokannya harinya, aku dipakai oleh budak itu. Ramai kawan-kawannya
memuji diriku. Budak itu menjaga aku dengan baik.
Pada suatu hari, budak itu ditimpa
kemalangan. Seluruh badanku terasa sakit. Badanku tidak secantik dahulu. Aku
dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah nasibku yang malang ini. Tetapi aku
berasa bangga kerana aku telah berjasa kepada tuan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan