Namaku Oren Pop Pop. Aku mempunyai
empat adik-beradik. Ibuku bernama Tommy Top. Ibuku sangat comel dan anggun.
Kami sekeluarga hidup aman dan damai. Kadang-kala terdapat kucing jahat yang
menganggu kami adik-beradik tetapi ibu berusaha mempertahankan kami. Kata
ibuku, kucing tersebut ingin membunuh kami adik-beradik.
Aku sangat takut. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ibu bergaduh dengan kucing yang jahat. Bapaku sendiri juga ingin membunuh kami adik-beradik. Alangkah kejamnya bapaku ini. Mujurlah ada manusia yang sudi membantu kami. Kadang-kala apabila mendengar ibuku bergaduh, cepat-cepat manusia tersebut menyelamatkan kami sekeluarga.
Manusia tersebut akan membawa penyapu ajaibnya untuk memukul kucing yang jahat itu. Kenapa ajaib? Ajaibnya kerana apabila terlihat penyapu tersebut, kucing yang jahat terus melarikan diri. Alangkah sedihnya hati ini apabila ibu mengalami kecederaan akibat pergaduhan tersebut. Badan ibu mengalami luka dan kulit ibu terkoyak. Manusia yang baik hati itu menyapu ubat di tempat luka ibu.
Hinggalah aku dan adik-beradikku boleh berjalan dengan baik dan tidak kenkang lagi. Kami bebas berjalan-jalan di sekeliling rumah. Manusia yang baik hati selalu memberi makan kepada kami. Makanan yang dihidangkan ialah nasi dan lauk ikan kegemaran kami. Alangkah berseleranya kami makan. Tambahan pula dihidangkan dengan air. Kami berasa gembira tidak terkata.

Kami
bebas bermain di luar rumah. Pernah juga terlintas difikiran kami untuk masuk
ke rumah besar tersebut. Setelah bersepakat kami semua adik-beradik pun masuk
tanpa pengetahuan ibu. Malangnya telah dihalau dengan baik oleh tuan rumah.
Kami teringin untuk menjelajah di dalam rumah tersebut. Mungkin ada makanan
yang enak untuk santapan kami.
Kami
amat bersyukur tuan rumah sudi menghidangkan makanan kepada kami adik-beradik kerana
kami tidak pandai mencari makanan sendiri lagi. Kadang-kala kami sengaja masuk ke
rumah tersebut kerana perut terlalu lapar dan ingin meminta belas dari tuan
rumah. Tuan rumah pun memberi makanan agar kami keluar dari rumah dengan
segera. Itulah taktik yang kami gunakan.
Kami
amat gembira tinggal di rumah besar itu. Dapat bermain bersama adik-beradik
serta berada bersama ibu tersayang. Seharian kami bermain dan apabila penat
kami akan tidur bersama. Kami akan tidur rapat-rapat untuk mengelakkan sejuk.
Pada
suatu hari, kami empat beradik telah bermain di bawah sebuah kereta Iswara
berwarna putih. Kami semua telah masuk ke dalam lubang yang terdapat di bawah
kereta tersebut. Aku juga tidak tahu lubang apakah itu. Apa yang penting kami
berasa selesa apabila masuk ke situ.
Tiba-tiba enjin kereta dihidupkan. Aku dan seekor lagi saudaraku cepat-cepat keluar dari lubang tersebut. Adik-beradikku yang dua lagi tidak berbuat demikian. Mungkin mereka tidur dan tidak sedar bahawa kereta tersebut akan bergerak. Adik-beradikku yang dua ekor itu telah meninggalkan kami berdua.
Aku menunggu dengan sabar dan berdoa agar kereta Iswara itu cepat kembali. Tetapi alangkah sedihnya dihati ini apabila melihat adik-beradikku itu tiada di bawah kereta tersebut. Ibuku Tommy Top pernah melarang kami adik-beradik beradik bermain di bawah kereta itu. Tetapi kami degil dan ingkar dengan nasihat ibu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kini dua adik-beradikku sudah tiada lagi bersama kami.

Tinggallah kami dua beradik. Aku bersyukur kerana masih ada lagi saudara dan juga ibu disampingku. Kami hidup seperti biasa walaupun kehilangan yang tersayang. Malah kami semakin akrab. Ibu menyayangi kami dengan sepenuh hati walaupun marah dengan kejadian yang telah berlaku. Semua itu mengajar kami tentang kesilapan dan tentang erti kehidupan.
nice story.. tp dorg sgt comell... kyeopta!!
BalasPadam