Acara ini diadakan sempena Program Sehari Bersama Pelanggan Jabatan / Agensi Kerajaan Daerah Kerian. Ia diadakan pada 18 Oktober 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu, Kuala Kurau, Perak. Maklumat lanjut seperti tertera di bawah :-
Isnin, 27 Oktober 2014
Selasa, 30 September 2014
Majlis Perkahwinan Suhada dan Azmil
Gambar-gambar candid di majlis perkahwinan Suhada dan Azmil pada 1 Mei 2014. Baru berkesempatan mengupload gambar ini di blog. Tahniah diucapkan. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Amin.
Khabarnya, sudah pregnant 2 bulan. Tahniah diucapkan sekali lagi. Semoga mendapat anak yang soleh dan solehah. Nak lihat koleksi hantaran perkahwinan mereka klik pada gambar di bawah. Nak senang klik di sini.
Isnin, 22 September 2014
Program Perkumpulan Keluarga Generasi Allahyarham Hj. Abdul Hamid bin Hj. Muhamad dan Hjh Zawiyah bt. Md. Taib (GAHZA)
Program Perkumpulan Keluarga Generasi Allahyarham Hj. Abdul Hamid bin Hj. Muhamad dan Hjh Zawiyah binti Md. Taib (GAHZA) ini merupakan program perintis yang julung kali diadakan.
Program ini diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2014 di Kuala Gula Sanctuary Resort. Ia telah disertai seramai 236 orang. Program ini antara lain bertujuan untuk :
- Mengumpul semua generasi dan waris keluarga.
- Saling kenal mengenali salasilah hubungan persaudaraan.
- Mempertemukan semula semua anggota besar yang telah lama tidak berjumpa.
- Merapatkan semula uhkwah silaturahim di kalangan generasi.
- Menjayakan program sambutan Aidilfitri 2014M/1435H.
Jawatankuasa Penganjur |
Antara Jawatankuasa penganjur yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah :
Penasihat
Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abdul Hamid
Pengerusi
Suhaili bin Hj. Ishak
Setiausaha
Nurul Hidayah bt. Hj. Abdul Rahman
Bendahari
Safarin bin Hj. Ishak
Fotografi
Azman bin Hj. Abdullah
Hadiah dan Cenderamata
Normala bt. Abdul Hamid
G-AHZA |
Santai Petang |
Menikmati juadah |
Permainan sambut belon air |
Bowling kelapa |
Meniup belon |
Penyampaian hadiah |
Acara kemuncak |
Ucapan wakil keluarga dan tayangan video |
Cenderamata |
Key-chain |
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini sama ada secara langsung dan tidak langsung. Semoga program ini mendapat keredhaanNya. Semoga ukhwah ini akan berkekalan selagi hayat dikandung badan. Semoga kita bertemu lagi di lain masa dan kesempatan. Terima kasih pada semua....
Jumaat, 5 September 2014
Replika Hari Raya di Stesen LRT 2014
Antara replika menarik yang terdapat di stesen-stesen LRT sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
LRT Bangsar, Masjid Jamek dan sebagainya.
Ahad, 29 Jun 2014
Sang Buaya yang Kejam
Di dalam sebuah hutan,
terdapat seekor buaya yang sangat ganas. Dia tinggal di dalam sungai. Sang
Buaya suka membunuh haiwan-haiwan rimba tanpa belas kasihan. Dia akan
melibaskan ekornya yang tajam agar haiwan yang melalui tebing sungai terjatuh.
Sang Buaya akan membunuh dan memakan haiwan tersebut. Dia seronok dapat
membunuh haiwan di hutan rimba tersebut.
Haiwan-haiwan lain takut
untuk menghampiri sungai yang didiami oleh Sang Buaya. Mereka sanggup melalui
jalan jauh agar tidak terserempak dengan Sang Buaya. Haiwan rimba juga sukar
untuk mendapatkan minuman.
**********
Suatu hari, penduduk rimba
terkejut apabila mendapati buaya tidak lagi mengganggu mereka. Air sungai juga
nampak tenang. Biasanya, Sang Buaya akan berenang-renang untuk mencari mangsa.
Penduduk rimba berasa hairan ke mana perginya Sang Buaya yang kejam
itu. Sang Kancil turut berasa hairan. Dia memberanikan diri untuk pergi ke
sungai. Dia ingin melihat sendiri keadaan Sang Buaya.
Sang Kancil berhati-hati
ketika melalui sungai tersebut. Dia risau jika Sang Buaya memerangkapnya.
Tiba-tiba, Sang Kancil terdengar suatu suara. Dia mencari-cari, dimanakah suara
itu berada. Akhirnya, Sang Kancil terlihat Sang Buaya di tebing sungai. Sang
Buaya dalam keadaan murung dan kesakitan.
“Aduh, sakitnya,” keluh
Sang Buaya.
“Kenapa dengan kau, Sang
Buaya?” tanya Sang Kancil. Selalunya, kau tidak akan berdiam diri untuk mencari
mangsa,” perli Sang Kancil.
“Gigi aku sakit wahai Sang
Kancil,” kata Sang Buaya sambil menahan kesakitan. “Sudah hampir sebulan aku
tidak makan apa-apa.”
“Patutlah kau tidak memburu
mangsa di hutan rimba ini. Aku ingatkan kau sudah mati.” Kata Sang Kancil
marah.
Sang Kancil berasa marah
dengan kelakuan Sang Buaya. Banyak haiwan yang telah mati dibunuh buaya. Malah,
kawan-kawannya turut terkorban.
“Aku tahu, aku banyak buat
salah. Aku sudah sedar akan kesalahan aku itu,” kata Sang Buaya kesedihan.
Banyak haiwan yang tidak bersalah telah aku korbankan.”
“Baguslah jika kau
betul-betul insaf,” kata Sang Kancil.
““Bolehkah kau tolong
mengubati sakitku ini wahai Sang Kancil?” tanya Sang Buaya mengharap.
Sang Kancil terdiam. Dia
berfikir bagaimana cara untuk menolong Sang Buaya. Sang Kancil berasa kasihan
dengan Sang Buaya walaupun haiwan tersebut kejam terhadap haiwan di hutan
rimba. Akhirnya, Sang Kancil mendapat idea yang bernas.
“Baiklah, aku akan tolong
kau. Tapi kau harus penuhi dua syarat,” kata Sang Kancil.
“Apakah syarat itu Sang
Kancil? Aku tidak sanggup menanggung kesakitan ini lagi,” jawab Sang Buaya.
“Syarat yang pertama, kau
tidak boleh bertindak ganas kepada penduduk di hutan rimba ini lagi. Syarat
yang kedua, kau tidak boleh makan doktor yang akan mengubati gigi kau nanti.
Kau hendaklah menjadikan mereka sebagai kawan baik engkau,” terang Sang Kancil
panjang lebar.
“Baiklah, aku akan penuhi
semua syarat yang telah kau berikan. Aku juga telah insaf kerana apabila aku
sakit semua haiwan takut dan tidak mahu menolongku. Aku hidup sebatang kara.
Mulai hari ini aku ingin berkawan dengan semua penghuni di hutan rimba ini,”
kata Sang Buaya dengan insafnya.
**********
Pada petang itu, Sang
Kancil telah memanggil burung-burung di dalam hutan itu. Dia ingin berbincang
dengan burung-burung tersebut.
“Apa? Kau suruh kami
merawat buaya yang kejam itu?” tanya burung-burung itu terkejut.
“Aku sangat kasihan melihat
Sang Buaya yang kesakitan. Sang Buaya telah berjanji dengan kita untuk menjadi
lebih baik dan tidak membunuh dengan sesuka hati lagi,” kata Sang Kancil.
“Jika begitu, kami semua
setuju,” kata burung-burung tersebut.
**********
Keesokan harinya, Sang
Kancil dan burung-burung pergi ke sungai. Kelihatan, Sang Buaya sedang menunggu
mereka di tebing sungai. Sang Kancil menyuruh Sang Buaya membuka mulutnya
dengan luas. Burung-burung pun mematuk sisa-sisa makanan yang berada di gigi
Sang Buaya. Burung-burung mengutip sisa makanan sehingga habis.
Sang Buaya tidak berasa
sakit lagi. Sisa-sisa makanan yang tertinggal di giginya telah dibersihkan oleh
burung-burung tersebut. Sang Kancil amat berterima kasih dengan burung-burung
dan Sang Kancil. Tanpa pertolongan mereka, tentu dia akan terus menanggung
kesakitan.
**********
Bermula saat itu, Sang
Buaya telah berubah. Dia tidak membunuh binatang sesuka hati lagi. Dia hanya
memakan ikan-ikan yang berada di sungai. Binatang-binatang lain tidak takut
untuk melalui sungai itu lagi.
Burung-burung juga semakin
akrab bersahabat dengan Sang Buaya. Tiap-tiap petang, burung-burung akan
membersihkan gigi Sang Buaya. Burung-burung akan memakan sisa-sisa makanan di
celah-celah gigi buaya. Selain dapat mengawal kerosakan gigi, burung-burung
juga memperoleh makanan dari sisa makanan tersebut.
Penduduk rimba berasa
sangat gembira. Kebijaksanaan Sang Kancil membantu Sang Buaya membolehkan mereka
hidup aman dan damai.
Khamis, 29 Mei 2014
Puteri dan Lolipop
Kring!
kring! Kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu
persekolahan pada hari itu. Murid-murid mengucapkan ‘terima kasih’ kepada cikgu
yang mengajar. Mereka bergegas mendapatkan beg untuk pulang. Begitu juga dengan
Arifa dan Syafika. Kedua beradik ini berlari-lari anak menuju ke kereta yang
dipandu oleh ibu mereka.
Arifa
merupakan kakak kepada Syafika yang berumur 11 tahun. Arifa seorang yang
penyabar dan suka beralah dengan perangai adiknya. Dia merupakan murid yang
cemerlang di sekolah. Arifa juga aktif dalam bersukan. Sukan yang paling
digemarinya ialah bola jaring.
Syafika
pula berumur 10 tahun. Beza umur Syafika dan Arifa hanyalah satu tahun. Syafika
berlainan dengan kakaknya. Dia tidak gemar bersukan. Masa yang ada digunakan
dengan bermain komputer.
Arifa
dan Syafika selalu bergaduh apabila berada di rumah. Mereka bagai ‘anjing
dengan kucing’. Pergaduhan mereka tidaklah lama. Mereka akan berbaik semula
apabila dinasihati oleh ibubapa mereka dan kerapkali Arifa akan beralah
terlebih dahulu. Sebagai kakak, Arifa hendak menunjukkan contoh terbaik buat
adiknya.
Keadaan
ini amat membimbangkan ibu dan ayahnya. Sebagai adik-beradik, mereka sepatutnya
tolong-menolong. Bukannya bergaduh sesama mereka. Encik Kadir dan Puan Salma
tidak tahu apa yang harus dibuat lagi. Pelbagai cara dilakukan agar
adik-beradik ini tidak bergaduh. Tetapi, semuanya tidak berjaya.
**********
Seminggu
lagi cuti persekolahan akhir tahun akan bermula. Arifa dan Syafika telah
merancang untuk pulang ke kampung ibunya di Parit Buntar, Perak. Mereka amat
rindukan datuk dan nenek di kampung. Arifa dan Syafika tidak sabar menunggu
cuti persekolahan bermula.
“Ibu,
ayah, kakak nak anak patung baru untuk bawa balik ke kampung. Boleh tak?,”
tanya Arifa mengharap.
“Mana
adil, adik pun nak juga,”sampuk Syafika sambil mencebik ke arah kakaknya.
“Apa
yang bising ni?” tanya Encik Kadir. “Nanti, sebelum pulang ke kampung ayah akan
belikan seorang satu,” sambung Encik Kadir lagi.
“Sayang
ayah!” kata Arifa dan Syafika serentak.
“Dengan
ibu tak sayang?” tanya Puan Salma dengan nada merajuk.
“Kami
sayang ibu juga,” kata Arifa dan Syafika sambil memeluk ibu dan ayah mereka.
Cuti
persekolahan pun bermula. Encik Kadir sekeluarga ke bandar sebelum pulang ke
kampung. Mereka ingin membeli anak patung yang diimpikan oleh Arifa dan
Syafika.
Kelihatan
orang ramai di pasaraya. Kebanyakannya datang bersama keluarga. Cuti
persekolahan adalah masa yang terbaik untuk membawa anak-anak keluar dan
meluangkan masa bersama mereka.
“Ibu,
kakak nak teddy bear ni,” kata Arifa sambil memegang anak patung beruang
berwarna coklat. Patung itu sangat comel dan lembut apabila dipegang. Puan
Salma mengangguk tanda bersetuju dengan pilihan anaknya.
“Adik
pula nak yang mana?” tanya Puan Salma.
“Adik
nak yang sama macam kakak. Tapi, adik nak warna merah jambu. Itu dia,” kata Syafika
sambil menuding jari ke arah anak patung beruang berwarna merah jambu yang agak
jauh darinya.
“Kejap,
nanti ibu ambilkan,” kata Puan Salma.
Setelah
membayar di kaunter, Encik Kadir sekeluarga pun bertolak pulang ke kampung.
Encik Kadir dan Puan Salma berasa lega kerana telah menunaikan janji untuk
membelikan anak patung buat anak kesayangan mereka. Arifa dan Syafika sangat
sayang dengan anak patung tersebut. Mereka mendakapnya dengan erat.
Arifa
menamakan anak patungnya dengan nama ‘Lolipop’. Apabila terpandang anak patung
tersebut, dia membayangkan gula-gula lolipop. Arifa juga sangat suka memakan
gula-gula lolipop. Oleh sebab itu, dia menamakan sebagai Lolipop. Pelik, tetapi
sangat menyenangkan hatinya.
Syafika
pula menamakan anak patungnya dengan nama ‘Puteri’. Anak patungnya yang
berwarna merah jambu sangat sinonim dengan nama wanita bagi Syafika. Tambahan
pula angan-angan Syafika adalah untuk menjadi puteri raja suatu hari nanti.
Syafika memang suka berangan sejak dari dulu lagi.
Tepat
jam tiga petang, Encik Kadir sekeluarga selamat tiba di kampung. Mereka
disambut oleh datuk dan nenek. Nenek telah memasak masakan kampung yang amat
digemari oleh Arifa dan Syafika.
Pada
malam itu, mereka sekeluarga rancak berbual dengan datuk dan nenek. Hingga tidak
sedar hari sudah larut malam. Arifa dan Syafika seronok tinggal di kampung
kerana suasana yang nyaman dan jauh dari pencemaran.
**********
Keesokan
harinya, selepas bersarapan. Arifa dan Syafika masuk ke bilik untuk bermain.
Mereka ingin bermain dengan Puteri dan Lolipop yang baru dibeli. Tiba-tiba,
kedengaran Syafika menjerit sambil menangis. Encik Kadir bersama isterinya
bergegas masuk ke bilik.
“Kenapa
adik menangis?” tanya Encik Kadir.
“Anak
patung adik dah rosak. Matanya tercabut sebelah. Habis tak comel patung ni.
Mesti kakak yang rosakkan,” tuduh Syafika sambil menuding jarinya kepada Arifa.
“Kakak
tak buatlah. Ia tercabut sendiri. Kelmarin kakak tengok memang dah longgar,”
kata Arifa perlahan.
“Oh,
sebab itu. Nanti ibu gamkan. Jangan bergaduh lagi,” kata Puan Salma meleraikan
pergaduhan tersebut.
**********
Pada
petang itu, tanpa disedari oleh ibu dan ayah, Arifa dan Syafika telah pergi ke
sungai. Kedua beradik ini tidak meminta izin terlebih dahulu. Jarak rumah
dengan sungai agak jauh serta sunyi dari laluan orang ramai.
Arifa
dan Syafika bermain di tepi sungai bersama Puteri dan Lolipop. Sedang mereka
asyik bermain, tanpa disedari, Puteri terlepas dari tangan Syafika. Puteri
jatuh ke dalam sungai. Syafika menjerit meminta tolong sambil menangis.
Arifa
tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia sangat kasihan terhadap adiknya.
Puteri tenggelam di dalam air sungai yang dalam. Syafika tidak berhenti-henti
menangis. Arifa cuba memujuk adiknya. Tiba-tiba, kaki Arifa tergelincir kerana
tanah di tepi sungai yang licin. Arifa jatuh ke dalam sungai.
Syafika
cuba untuk menyelamatkan kakaknya tetapi tidak berjaya. Syafika semakin panik.
Dia menjerit meminta tolong dengan kuatnya. Mujurlah
pada ketika itu, Encik Kadir dan Puan Salma datang. Encik Kadir terus terjun ke
dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya. Beberapa minit kemudian, Arifa
berjaya diselamatkan.
Ketika
diangkat ke darat, Arifa dalam keadaan pengsan. Encik Kadir berusaha
mengeluarkan air dari tubuh anaknya. Syafika pula asyik menangis sejak dari
tadi. Dia takut kehilangan kakak yang disayanginya. Syafika berdoa di dalam
hati semoga kakaknya cepat sedar.
Lima
minit kemudian, Arifa pun sedar. Keadaannya sangat lemah. Mukanya pucat.
Syafika sangat gembira melihat kakaknya sudah sedar. Encik Kadir membawa Arifa
ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Arifa dibenarkan pulang setelah keadaannya
kembali stabil.
Arifa
dan Syafika meminta maaf kepada ibubapa mereka. Mereka berasa bersalah kerana
tidak meminta izin terlebih dahulu untuk keluar. Arifa dan Syafika berjanji
tidak akan melakukannya lagi. Syafika
juga turut berubah. Dia menjadi seorang yang lebih baik. Mendengar nasihat
ibubapa dan kakaknya. Dia tidak gemar mencari gaduh dengan Arifa lagi.
Kini,
kedua beradik itu tidak suka bergaduh lagi. Mereka lebih sayang-menyayangi
antara satu sama lain. Encik Kadir berjanji pada Syafika yang dia akan
membelikan anak patung baru seperti Puteri. Hubungan Arifa dan Syafika semakin
akrab bagai ‘isi dengan kuku’.
Isnin, 26 Mei 2014
Si Kuyup
Di
hujung kampung, tinggal sebuah keluarga yang hidup aman dan bahagia. Mereka
menetap di sebuah rumah kecil yang dikelilingi sawah padi. Kehidupan mereka
ibarat ‘kais makan makan pagi, kais petang makan petang’. Walaupun hidup dalam
serba kekurangan, keluarga ini tetap gembira dan bersyukur.
Pak
Hamzah bekerja sebagai pesawah manakala Siti Aminah sebagai suri rumah. Mereka
dikurniakan dua orang anak yang cantik dan baik budi pekerti iaitu Amir dan
Syakirah. Amir
merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut. Berumur 12 tahun. Tidak lama
lagi Amir akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Setiap hari, setelah membantu ayahnya di sawah, Amir akan mengulangkaji pelajaran. Amir tahu bahawa pelajaranlah yang akan mengubah nasib keluarganya daripada sebuah keluarga miskin kepada sebuah keluarga yang hidup kaya-raya dan berjaya. Oleh itu, Amir berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya membantu keluarganya.
Setiap hari, setelah membantu ayahnya di sawah, Amir akan mengulangkaji pelajaran. Amir tahu bahawa pelajaranlah yang akan mengubah nasib keluarganya daripada sebuah keluarga miskin kepada sebuah keluarga yang hidup kaya-raya dan berjaya. Oleh itu, Amir berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya membantu keluarganya.
Syakirah
pula merupakan anak bongsu dalam keluarga tersebut. Syakirah berumur 10 tahun.
Muda dua tahun daripada abangnya. Syakirah adalah seorang budak yang rajin
membantu ibunya di rumah. Syakirah suka mengemas rumah, mencuci pakaian dan
menolong ibunya memasak. Selain itu, Syakirah turut membantu menjual kuih-muih
serta nasi lemak yang dibuat oleh ibunya pada setiap pagi. Sikap ringan tulang
Syakirah amat disenangi oleh keluarganya.
**********
Pada
suatu hari, dalam perjalanan pulang dari sekolah, Amir terjumpa seekor kucing
yang hampir lemas di dalam sungai. Kawan-kawan Amir tidak mempedulikan kucing
tersebut, malah ketawa melihat kucing terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri.
Amir
berasa kasihan melihat kucing tersebut. Dia terus terjun ke dalam sungai untuk
menyelamatkan kucing itu. Akhirnya, kucing tersebut berjaya diselamatkan.
Kucing itu berada dalam dakapan Amir untuk menghilangkan kesejukannya.
Amir
pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup. Dia risau dimarahi ibunya apabila
melihat keadaannya begitu.
“Amir,
kenapa baju kamu basah?”, tanya Siti Aminah.
“Tadi,
semasa dalam perjalanan pulang, ada kucing hampir lemas di dalam sungai. Amir
pun selamatkan kucing tersebut. Ini kucingnya,” kata Amir ketakutan sambil
menunjukkan kucing yang diselamatkan kepada ibunya.
“Oh
begitu, mak tak marah pada kamu. Cuma ibu nak nasihatkan kepada kamu supaya
lain kali lebih berhati-hati. Air sungai di situ sangat dalam,”kata ibunya
risau.
“Baiklah,
ibu,” jawab Amir.
“Cepat
salin pakaian kamu. Nanti kamu pula yang demam,” tambah Siti Aminah lagi.
Amir
pun bergegas ke biliknya untuk menukar pakaian. Setelah membersihkan diri dan
solat Zohor, Amir membersihkan pula kucing yang diselamatkannya tadi. Kucing
itu berwarna putih dan mempunyai bulu yang cantik.
“Mulai
hari ini, aku namakan engkau Si Kuyup,” kata Amir kepada kucing tersebut.
Amir
menamakan Si Kuyup kerana sempena terjumpa kucing tersebut dalam keadaan
dirinya dan kucing itu yang basah kuyup. Oleh itu, Amir memberi nama kucing
tersebut sebagai ‘Si Kuyup’. Si
Kuyup hanya mengiau sahaja apabila Amir bercakap dengannya. Si Kuyup seperti
mengetahui apa yang dikatakan oleh Amir.
“Abang,
comelnya kucing ini,” kata Syakirah yang datang dari dapur.
“Abang
jumpa Si Kuyup di sungai. Si Kuyup hampir lemas,” kata Amir.
“Abang,
adik nak jaga kucing ini juga ya,” kata Syakirah lagi.
“Kita
jaga sama-sama. Adik tolong ambilkan nasi dan lauk di dapur. Abang nak beri
pada Si Kuyup. Tentu Si Kuyup lapar,” kata Amir.
“Baik
abang,” balas Syakirah.
Si
Kuyup begitu manja dan serasi bersama keluarga tersebut. Ke mana sahaja Amir
dan Syakirah pergi, Si Kuyup turut bersama. Sama ada ke kedai mahupun ke sawah.
Si Kuyup juga sangat jinak dan suka bermain-main. Amir dan Syakirah semakin
sayang dengan kucing tersebut.
**********
Pada
suatu malam, ketika Amir dan Syakirah sedang mengulangkaji pelajaran. Mereka terkejut
kerana Si Kuyup tiada bersama mereka. Kebiasaannya, Si Kuyup akan tertidur di
sebelah mereka setelah penat bermain.
“Abang,
mana Si Kuyup?” tanya Syakirah risau.
“Yalah,
adik. Si Kuyup hilang. Mari kita cari di luar,” ajak Amir.
“Harap-harap
Si Kuyup tidak pergi ke mana-mana,”kata Syakirah.
Amir
dan Syakirah pun keluar untuk mencari Si Kuyup. Mereka membawa lampu suluh
bersama.
“Si
Kuyup! Si Kuyup!” jerit Amir dan Syakirah.
“Abang,
itu Si Kuyup. Dia menghala ke rumah jiran kita, Datuk Fuad,” kata Syakirah.
“Mari
kita pergi ke sana,” kata Amir pula.
Amir
dan Syakirah pun pergi ke rumah jiran mereka yang bernama Datuk Fuad. Datuk
Fuad adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya di kampung mereka. Datuk Fuad
membuka kedai baju di bandar serta mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri.
Dalam perjalanan ke sana, mereka berhenti di sebatang pokok.
“Adik,
ada orang masuk ke rumah Datuk Fuad. Siapakah mereka?”tanya Amir.
“Yalah
abang, Datuk Fuad tiada di rumah. Mereka sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Langkawi,”
kata Syakirah.
“Abang
rasa, orang ini mesti pencuri. Mereka nampak mencurigakan dan berada ditempat
gelap,” tambah Amir.
“Abang,
adik takutlah,”kata Syakirah dalam keadaan ketakutan.
“Adik
jangan risau, kita sembunyi sahaja di bawah pokok ini,” kata Amir menenangkan
hati adiknya.
Amir
dan Syakirah bersembunyi di bawah rimbunan pokok. Mereka lihat pencuri tersebut
memecahkan tingkap rumah Datuk Fuad. Kedengaran bunyi yang agak kuat. Tetapi
disebabkan rumah Datuk Fuad yang agak jauh dari rumah lain menyebabkan bunyi
tersebut tidak dapat didengar oleh jiran tetangga. Kedua-dua pencuri pun masuk
ke rumah melalui tingkap yang pecah itu.
“Adik,
adik pulang ke rumah dan beritahu pada ibu dan ayah. Abang pula akan panggil
orang kampung,” kata Amir.
“Baiklah
abang,” jawab Syakirah.
10
minit kemudian, rumah Datuk Fuad telah dikepung oleh pihak polis dan orang
kampung. Kedua-dua pencuri itu tidak menyedari bahawa rumah tersebut telah
dikepung. Lima
orang anggota polis menyerbu masuk ke dalam rumah Datuk Fuad. Berlaku
pergelutan di antara polis dan pencuri. Akhirnya, anggota polis berjaya
menangkap pencuri tersebut. Kedua-dua pencuri diberkas dan dibawa masuk ke dalam
kereta. Pihak polis merampas barang kemas dan sejumlah wang daripada pencuri.
Pihak
polis mengucapkan tahniah kepada Amir kerana membantu pihak polis. Amir yang
bertindak cepat memberitahu pihak polis adalah suatu tindakan yang bijak.
Keberanian dan kecekapan Amir mendapat pujian daripada pihak polis. Tambahan
pula kedua-dua pencuri tersebut sememangnya menjadi buruan polis sejak sekian
lama.
Setelah
kereta polis beredar dari rumah Datuk Fuad, Amir, Syakirah serta ibubapanya
melangkah pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan, mereka ternampak Si Kuyup mengerang
kesakitan di tepi jalan.
“Abang,
itu Si Kuyup,” kata Syakirah.
“Si
Kuyup cedera. Mungkin dilanggar kenderaan yang lalu-lalang,” kata Amir sambil
melangkah ke arah Si Kuyup.
“Bawa
Si Kuyup pulang. Nanti kita boleh merawatnya,” kata Pak Hamzah.
Pak
Hamzah merawat luka di kaki Si Kuyup. Si Kuyup
tidak mengalami kecederaan yang teruk. Amir dan Syakirah berasa lega
bila melihat Si Kuyup boleh berjalan semula walaupun terjengket-jengket.
Berita
kecurian di rumah Datuk Fuad menjadi bualan penduduk kampung. Berita keberanian
Amir dan Syakirah membantu menyelesaikan jenayah turut tersebar.
**********
Keesokan
harinya, Datuk Fuad sekeluarga pulang bercuti lebih awal apabila mendapat
panggilan daripada pihak polis. Mereka berasa bersyukur kerana pencuri dapat
ditangkap dan tidak mengalami sebarang kerugian. Rupa-rupanya pencuri yang
masuk ke rumah adalah bekas pekerja Datuk Fuad. Datuk Fuad terpaksa
memberhentikan mereka kerana terlibat dalam penyelewengan wang syarikat.
Datuk
Fuad berterima kasih kepada Amir sekeluarga. Tanpa bantuan Amir dan Syakirah
sudah tentu pencuri akan terlepas. Datuk Fuad memberi sedikit wang sebagai
tanda berterima kasih. Selain itu, Datuk Fuad sekeluarga bersetuju untuk
menjadikan Amir dan Syakirah sebagai anak angkat. Segala perbelanjaan pelajaran
akan ditanggung oleh Datuk Fuad.
Amir
dan Syakirah berasa sangat gembira. Mereka kini mempunyai keluarga baru. Mereka
juga berterima kasih pada Si Kuyup kerana Si Kuyuplah mereka berjaya membantu
menyelesaikan kes kecurian tersebut.
Ahad, 18 Mei 2014
Hantaran Perkahwinan 1 Mei 2014
Selasa, 29 April 2014
Ahad, 30 Mac 2014
Pantun Selamat Hari Lahir
Petang
hari menjala ikan,
Sambil
menyiram bunga di taman;
Selamat
hari lahir saya ucapkan,
Kepada
tuan hamba yang budiman.
Anak
padi tumbuh melata,
Berenang-renang
si anak ikan;
Kek
sudah di depan mata,
Silalah
potong untuk raikan.
Tumbuh
segar pohon melati,
Terbang
tinggi burung lelayang;
Hadiah
apa yang dinanti,
Daripada
orang yang tersayang?
Kura-kura
dan arnab bermain lumba,
Meragut
rumput si kambing biri-biri;
28
Mac hari lahir hamba,
Apakah
hadiah yang hendak diberi?
Senyuman
manis sungguh memikat,
Barulah
cinta mekar bersemi;
Usia
kita semakin meningkat,
Matangkan
diri kukuhkan ekonomi.
Sakitnya
kaki terpijak duri,
Kerna
hendak menangkap ikan;
Kepada
Tuhan kita syukuri,
Atas
usia dan rezeki yang diberikan.
Khamis, 20 Februari 2014
Pantun Selamat Datang ke Blog Masakan Sajian Hati
Ikan
haruan ikan sepat,
Ikan
puyu ikan gelama;
Mari
dekat mari rapat,
Blog
Sajian Hati diberi nama.
Baik
sungguh budi pekertinya,
Anak
dara tertunduk segan;
http://balqis-resepiku.blogspot.com nama webnya,
Jemputlah
singgah jika berkelapangan.
Pohon
rambutan dipanjat-panjat,
Cantik
sungguh berkebaya Nyonya;
Jika
berminat jika berhajat,
Salinlah
resepi untuk mencubanya.
Sesat
jalan silalah tanya,
Agar
berjaya ditempuh segala halangan;
Blog
masakan tema blognya,
Marilah
terjah janganlah segan.
Pagi
hari mencari lokan,
Memetik
juga buah-buahan;
Salah
dan silap harap dimaafkan,
Andai
hamba tersalah menyampaikan.
Malam-malam
memasang pukat,
Jaga-jaga
terpijak duri;
Masa
berjalan terlalu cepat,
Tibalah
masa mengundur diri.
Pagi
hari menjala ikan,
Berhati-hati
melalui titi;
Terima
kasih hamba ucapkan,
Sudi-sudilah
menjengah blog Sajian Hati.
Langgan:
Catatan (Atom)