Selasa, 27 Ogos 2013

Tsunami

   
Di pantai itu
Angin bertiup kencang
Cuaca tak secerah dan tak seindah biasa
Ombak yang menampar dengan kuat
Angin yang menderu-deru entah dari mana datangnya
Pohon nyiur
Melambai-lambai dengan kasarnya.

Pasir-pasir yang selalunya setia dengan pantai
Menjadi mainan ombak yang beralun
Tetapi
Pada hari itu
Pepasir takut untuk bermain dengan ombak
Tatkala ombak berhempas ke pantai
Pepasir melayang jauh entah ke mana
Meninggalkan ombak yang kesepian.

Ombak kelihatan lebih garang dan rakus
Mengaum dengan ganasnya
Kelembutan dan kehalusannya
Lenyap dengan serta-merta
Membuatkan makhluk lain berasa gerun
Serta sukar mencari sebab perubahannya.

Hidupan laut yang selalunya riang gembira di habitatnya
Menampakkan dirinya
Keluar berhijrah
Naik ke permukaan pantai
Tanpa rasa menyesal.

Dengan tak disangka-sangka
Gegaran berlaku dengan kuat
Menggoncang dan mengertak makhluk di muka bumi ini
Membuatkan mereka yang tidur terjaga
Bumi yang disangka tenang
Boleh memberontak
Dalam sekelip mata.

Pantai yang nyaman dan indah
Mengganas dengan tiba-tiba
Ombak yang menggila
Setinggi pohon nyiur
Air laut yang berkeladak
Melimpah-ruah setiap ruang tanah
Segalanya
Menjadi mangsa pukulan ombak.

Semuanya musnah
Bagai diserang garuda
Menjadi padang jarak padang tekukur
Kudrat yang ada tidak mampu melawan kuasa-Nya.

Mayat yang bergelimpangan diratapi
Kekuasaan dan keesaan-Nya diakui
Membuka mata kepada yang masih lena
Dibuai mimpi indah
Yang tidak pasti
Hanya Tuhan berkuasa atas segala-galanya…

1 ulasan:

  1. kami ingin meminta jasa baik pihak anda untuk menolong kami mempromosikan blog kami ini... kami memerlukan lebih 100 org follower untuk komersialkan blog ini. kami juga dalam pembikinan program masakan dan kami akan muatkan juga dalam blog ini. jadi kami ingin sekali berkongsi bersama kawan2 bloger yang lain.. jasa anda amat kami hargai. dan insyaallah kami juga akan membantu mempromosikan blog anda juga... terima kasih....

    http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/

    BalasPadam