Ahad, 15 Ogos 2021

Keropok Lekor Oleh Cikgu Noriza


 

 Nota :
 
1. Boleh guna ikan tongkol, tamban, sardin, kembung, ikan uji rasyid. Terpulang pada kita nak guna ikan apa, ambil isi sahaja. Boleh campur isi ikan.

2. Tepung letak 1 cawan dahulu, kalau masih melekat di tangan tambahkan tepung.  Tak perlu guna banyak tepung nanti tak rasa ikan keropok lekor itu.

3. Rebuskan bentuk ikut saiz yang kita nak, rebus sampai keropok timbul biar dalam 4-5 minit baru angkat sebab takut ada ketulan tepung. Ketulan tepung itulah yang menyebabkan keropok lekor mudah meletup bila digoreng.

4. Ais ketul tak perlu letak kerana takut lembik. Kalau adunan lembik kena letak banyak tepung. Kalau nak letak ketul ais letak sikit sahaja, boleh blender sekali isi ikan jika mahu.

1 ulasan: