Sabtu, 21 Ogos 2021

Rendang Ayam dan Lemang Kuning Oleh Cikgu Masliza

 







 
 



 
 


 
 

 





Resipi Lemang Kuning

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut

1 sudu kecil serbuk kunyit

½ kg santan segar

2 sudu kecil garam

Cawan kertas

Daun pisang

 

Cara Membuatnya :

1. Basuh beras pulut hingga bersih

2. Rendam beras pulut dengan air dan serbuk kunyit.

3. Rendam selama 10 minit atau setengah jam. Kemudian toskan airnya.

4. Santan segar dicampur dengan garam, kacau sebati.

5. Masukkan sedikit santan dalam pulut untuk lembapkan.

6. Masukkan daun pisang dalam cawan kertas.

7. Masukkan pulut dalam ½ cawan (2 sudu besar) dan ketuk-ketuk.

8. Masukkan santan sampai pulut tenggelam.

9. Cucuk-cucuk sikit bagi santan sekata.

10. Masukkan 1 cawan air dalam periuk Noxxa.

11. Kemudian boleh susun cawan yang mengandungi pulut tadi.

12. Guna function manual tekan 40 minit.

 

Resipi Rendang Ayam

Bahan-bahan :

Kulit kayu manis

Buah pelaga

Bunga cengkih

5 sudu besar gula putih dan gula merah

Kerisik

1 ekor ayam

2 keping asam keping

Daun limau purut

Daun kunyit

Santan

 

Bahan Kisar :

10 tangkai cili kering

4 biji bawang besar

1 labu bawang putih

2 inci halia

Buah keras

Lengkuas

Serai

2 sudu besar rempah daging

Jintan manis

 

Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.

2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar.

3. Seterusnya masukkan gula putih dan gula merah serta kerisik.

4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut dan daun kunyit.

5. Akhir sekali masukkan santan.


Dikemas kini pada 25 April 2025

Tiada ulasan:

Catat Ulasan